Bahan Bantuan Mengajar
Contoh bekas-bekas untuk mengisi air
Bahan bantu mengajar direka untuk memperkenalkan topik ini dengan cara yang mudah faham seperti bekas berbentuk maujud yang mudah diperolehi dan dikumpulkan serta menjimatkan kos seperti menggunakan bekas plastik kecil, jag, cawan, gelas, botol air mineral serta kad bergambar dari situasi kedai atau pasaraya. Bahan yang disediakan ini memang mudah dan mampu direka dan berkaitan dengan persekitaraan dan kehidupan seharian murid-murid. Ia adalah selamat, tidak pecah, murah dan mudah diperolehi oleh guru dan murid-murid selain dapat digunakan kepada murid-murid yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian.
Walau bagaimana pun guru tidak dapat mengelakkan daripada menggunakan bahan mudah pecah, maka guru perlu mengawasi dan mengambil langkah berhati-hati semasa aktivti pengajaran dan pembelajaran berjalan. Air berwarna digunakan supaya murid melihat paras air dengan jelas dan menarik perhatian terutama bagi murid yang mempunyai pencapaian yang rendah. Dengan adanya alat bantu mengajar ini maka ia dapat membantu guru merancang strategi dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengembangkan kefahaman mereka terhadap konsep isipadu cecair melalui penerokaan dan pengalaman praktikal yang menyeronokkan.
cawan kecil
Bekas plastik kecil
Contoh alatan atau bekas untuk unit pengukuran bukan piawai.



