Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1

Strategi 1:
Untuk murid-murid pencapaian tinggi.

Aktiviti:
Membanding dan mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai

Objektif :
Di akhir pelajaran, murid-murid akan dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.

Pengetahuan sedia ada :
Murid-murid telah belajar bagaimana hendak membanding sesuatu objek seperti banyak atau sedikit, lebih atau kurang, tinggi atau rendah di dalam tajuk nombor bulat.

Bahan bantu mengajar:
kad gambar di pasaraya, satu baldi, 4 bekas berlainan saiz berisi air penuh, cawan kecil

Perbendaharaan kata:
lebih, kurang, penuh, separuh, kosong.


Langkah-langkah:


1. Murid-murid ditunjukkan kad gambar pelbagai jenis bekas yang digunakan untuk mengisi isipadu cecair yang terdapat di pasaraya.
Kad gambar bekas-bekas berisi cecair

2. Murid-murid berbincang dengan guru tentang pengalaman melihat saiz dan isipadu cecair bekas di gambar atas.

3. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 5 orang ahli untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.

4. Murid-murid diperkenalkan bekas-bekas yang disediakan dan fungsinya.

4 bekas pelbagai saiz berisi air penuh
cawan kecil

5. Edarkan lembaran kerja dan melantik seorang pencatat. Murid mengenal pasti bekas-bekas yang diberi dan menulis nama di dalam jadual yang disediakan.

6. Setiap kumpulan menerima 4 bekas yang berlainan saiz dan beberapa cawan sebagai alat pengukur bukan piawai.

7. Setiap kumpulan akan membuat anggaran dahulu cawan kecil yang diperlukan untuk kesemua menuang air dari mug.

8. Kemudian baru menuang air dari mug ke dalam cawan sehingga habis sambil membilang bilangan cawan yang diperlukan. Air yang telah disukat dengan cawan akan dituang ke dalam baldi yang disediakan.

9. Ahli kumpulan lain mencatat bilangan cawan yang sebenar diperlukan di dalam jadual yang disediakan.

10. Ulangi aktiviti (7) dan (8) dengan ahli lain mengambil giliran menggantikan bekas lain.

11. Ketua kumpulan membentangkan penemuan di depan kelas seperti berikut :
  • Air di dalam mug boleh memenuhi _______ cawan.
  • Air di dalam botol air mineral boleh memenuhi _______ cawan.
  • Air di dalam gelas boleh memenuhi _______ cawan.
  • Air di dalam jag boleh memenuhi _______ cawan.

12. Murid disuruh menyebut dan menyusun bekas secara menurun dan menaik berdasarkan jawapan mereka.

13. Pemenang berdasarkan jawapan dan sukatan yang betul serta kerjasama ahli kumpulan.

14. Murid-murid melengkapkan lembaran kerja 2 sebagai kerja rumah.

Lembaran kerja 1

           Nama kumpulan :                                    Tarikh :

Lembaran kerja 2

Arahan: Bulatkan bekas yang boleh mengisi banyak air dengan warna biru dan bekas yang mempunyai sedikit air dengan merah. Kemudian tuliskan “ lebih” atau “kurang” pada tempat kosong.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme