Penutup
Kepekaan guru terhadap persekitaran dan suasana bilik darjah adalah perlu untuk memastikan kesesuaian strategi dan bahan bantu mengajar supaya mencapai objektif pengajaran yakni konsep tentang sesuatu topik di peringkat awal proses pembelajaran. Ini adalah kerana latar belakang dan pengalaman yang berbeza di dalam suatu kelas amat mempengaruhi strategi guru kerana tahap pencapaian yang berbeza-beza antara individu dengan yang lain. Persepsi awal murid-murid bagi sesuatu topik atau kemahiran perlu diberi perhatian yang wajar dan tepat agar kesalahan konsep tidak berlaku sehingga mengelirukan dan menjejaskan penguasaan kemahiran seterusnya. Usaha guru yang berterusan dan kreativiti serta berinovatif amat penting untuk mengelakkan kekeliruan konsep oleh murid-murid terutama di peringkat sekolah rendah.



