Pengenalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menyediakan pendidikan asas matematik di peringkat sekolah rendah terutamanya di tahap 1. Perancangan kurikulum ini dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid untuk mendapatkan kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan. Di samping itu, setiap murid diberi galakan dan bimbingan untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh serta menyediakan peluang bagi mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang tertentu. Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dalam KBSR telah memberi tumpuan kepada penghafazan beberapa fakta seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping menegaskan penguasaan bahasa matematik, prosedur dan konsep.
Pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi murid sekolah rendah. Justeru itu, proses menyampaikan sesuatu konsep matematik haruslah melibatkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta latihan yang berperingkat dan berterusan, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid.